background

Wednesday, April 25, 2012

2nd Offer..

Assalamualaikum, and hye =)
I just log on to the KPM website this afternoon.. and guess what?? . Before log on tu, kita tak tau link website ni apa?, kan.. So, checklaa Facebook. Sebab FB memang akan heboh-heboh benda nii kan?? Tak salah lagii, bila on FB, org pertama yang aku nampak posting this offer is Natasha. What the awesome things that i share with Tasha here is.. So, please wait... Saya check on the link of KPM website and put in my IC No. and.and i think the Parkinson was attacking me,

THE
..
R
E
S
U
L
T
(jeng,jeng, jeng)
.............................................................




Alhamdulillah, Allah give me a chance to prize me an offer. Natasha got the same place, same course and same program with me at Kolej Matrikulasi Melaka. Tapi, bukan Natasha saja, kawan-kawan dari Hulu pun ramai lagii.. Offer kita nii sama dengan Aisyah, Zarith Izzaty, Farahin (bukan kawan Hulu, lah) Basically, most of my friends in Hulu, got offer somewhere at Johor and Melaka.




Okayy, nii offer letter dia. So, kiranya, nii laa second offer yang saya dapat based on what i applied for. Bidang yang ditawarkan, memang matlamat saya. Tempat pun?? seperti yang diharapkan, tak terlalu jauh dari Kota Metropolitan ini. Even, saya tak pilih tempat nii pun. =.= what i still remembered, i choose 1)KMS, 2)KMPP and third one, 3)KMNS
The duration and program pun tak lama, 1 Tahun: 2 semester.It is called, Program Satu Tahun (PST) And, of course .. the matrik is soo tougher one.

 This is the website of KMM. Click for enlargement.




The module, Science stream is divided into three modules. 

  • First is, Modul One : MM, Chem, Fz and Bio.
  • Second is, Modul 2 : MM, Chem, Fz and Sc Comp.
  • Third is, Modul 3 : MM, Chem, Bio and Sc Comp.


This is the soalan lazim based on last year program at KMM =)

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PROGRAM SATU TAHUN ( PST ) DAN
PROGRAM DUA TAHUN ( PDT ) SESI 2012/2013

SOALAN LAZIM
  1. Adakah saya perlu membeli peralatan dan keperluan harian yang diperlukan semasa di KMM nanti?Anda boleh membelinya sebelum hari pendaftaran. Pastikan semua keperluan disediakan sebelum anda datang mendaftar. Anda juga boleh mendapatkan keperluan tersebut di koperasi KMM. Kami memohon kerjasama anda agar tidak membeli di luar Kolej semasa hari pendaftaran. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas.
  2. Anda menerima jawapan dari sistem SMS, tetapi tidak mendapat surat tawaran?Mulai sesi 2012/2013 surat tawaran tidak lagi dihantar kepada pelajar. Keputusan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh didapati di laman web BMKPM (www.moe.gov.my/bmkpm) atau laman web KMM (www.kmm.matrik.edu.my).
  3. Apakah barang keperluan yang dibawa semasa hari pendaftaran?Berikut adalah disenaraikan barang-barang keperluan yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran :
    -Surat Tawaran yang telah dicetak daripada laman web BMKPM
    -Dokumen Peribadi Pelajar
    -Borang Perjanjian yang telah dilengkapkan.
    -Sediakan 2 keping SETEM HASIL, setiap satu bernilai RM10.00 untuk tujuan melengkapkan Borang Perjanjian dan Pembiayaan Pelajar Matrikulasi.
    -Slip Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai bukti yuran pendaftaran telah dibayar.
    -Buku Akaun BSN.
    -Pakaian kuliah harian (seperti yang dipapakan dalam Laman Web KMM.
    -Pakaian dan kasut yang bersesuaian semasa sesi orientasi, bantal dan keperluan harian yang lain (boleh juga didapati di Koperasi KMM).
    -Sijil - sijil dan salinan sijil yang berkaitan.
  4. Bagaimana laluan ke Kolej Matrikulasi Melaka( Latitude & Longitude : 2o19’N, 102o5’E )Untuk sampai ke Kolej Matrikulasi Melaka, tuan/puan boleh mengikut laluan alternatif berikut:-
    Dari Utara: Ikuti Lebuh Raya KL-Melaka-susur keluar ke Tol Pedas/Linggi dan belok ke kanan. Kemudian jalan terus sehingga simpang tiga Chengkau- belok ke kira dan jalan terus hingga sampai ke simpang tiga (Pilin) dan belok ke kanan(ikut papan tanda arah ke Kolej Matrikulasi Melaka. Jalan terus dan jumpa simpang tiga – tuju ke arah Lubuk China – lalu di bulatan dan ikut arah Masjid Tanah dan papan tanda ke Kolej Matrikulasi Melaka. (Rujuk peta Google pada laman web Kolej Matrikulasi Melaka).
    Dari Selatan: Ikuti Lebuh Raya Selatan-Melaka dan susur keluar ke Tol Ayer Keroh. Jalan lurus~ (kurang dari 1 kilometer) dan ambil jalan/laluan ke Sg. Udang/Masjid Tanah – teruskan perjalanan hingga sampai ke simpang tiga Sg. Udang- Masjid Tanah. Belok ke kanan untuk ke Masjid Tanah dan ikut papan tanda ke Kolej Matrikulasi Melaka. (Rujuk peta Google pada laman web Kolej Matrikulasi Melaka).
    Dari Tol Simpang Ampat/ Alor Gajah: Tuju ke Alor Gajah – ikut arah ke Masjid Tanah – ke Kolej Matrikulasi Melaka. (Rujuk peta Google pada laman web Kolej Matrikulasi Melaka)

  1. Bagaimana prosedur pendaftaran dilakukan?
    Proses pendaftaran pelajar melibatkan :
    -Semakan dokumen pendaftaran pelajar.
    -Pendaftaran online.
    -Pengambilan foto untuk kad matrik (jika foto belum diupload ke laman web kolej)
    -Penerimaan peralatan pelajar.
    -Penerimaan kunci bilik asrama.

  1. Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM sesi 2012/13
    Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2012/2013 adalah seperti berikut
    >Jurusan Sains Program Satu Tahun (PST) : RM550.00
    > Jurusan Perakaunan : RM480.00
    > Program Dua Tahun ( PDT-Tahun Pertama ) : RM550.00
    > ProgramDua Tahun ( PDT-Tahun Kedua ): RM290.00
    > Pelajar Tangguh Pengajian : RM 0.00
  
  1. Berapakah yuran pengajian dan yuran penginapan asrama bagi pelajar Program Matrikulasi KPM sesi 2012 / 2013
    Yuran pengajian dan penginapan asrama adalah RM6100.00 setahun bagi pelajar jurusan Sains dan RM5800.00 setahun bagi pelajar jurusan perakaunan. Walau bagaimana pun yuran tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Oleh itu pelajar tidak perlu membayar yuran pengajian dan penginapan asrama.
  2. Bilakah jangkaan surat tawaran akan diterima ?Surat tawaran tidak akan dihantar mulai sesi 2012/2013. Pelajar perlu mendapatkan keputusan tawaran beserta maklumat lanjut melalui laman web BMKPM di alamat www.moe.gov.my/bmkpm/.
  3. Bilakah tarikh pendaftaran sesi 2012 / 2013
    Pendaftaran pelajar baru bagi Program Satu Tahun (PST) pada 28 Mei 2012
  4. Sekiranya saya datang lebih awal, di manakah boleh saya menginap?
Sila hubungi tempat - tempat berikut bagi tujuan penginapan :
  1. Tanjung Bidara Beach Resort: 06-3842990
  2. Kemunting Beach Resort : 06-3848744
  3. Damar Suria Resort : 06-3842255
  4. Samudera Bidara Resort(Tanjung Bidara):06-3853245
  5. Samudera Riverside Hotel(Masjid Tanah):06-3853825
  6. Seraya Pantai Chalet ( chaletseraya.com ) : 06-3540314 / 0126188499
  1. Tindakan yang perlu di ambil sekiranya ingin menerima tawaran di KMMTindakan segera:Berikut adalah disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh pelajar sebelum mendaftar diri ke Kolej Matrikulasi Melaka:
  1. Membuka akaun di Bank Simpanan Nasional ( Jika belum mempunyai akaun BSN )
  2. Buat pembayaran secara `Bank-in` bagi yuran pendaftaran di BSN, simpan slip bayaran dan lengkapkan slip pembayaran yang disertakan. Sila buat salinan ( fotokopi ) untuk pengesahan semasa pendaftaran.
  3. Melengkapkan Buku Dokumen Peribadi
  4. Melengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Matrikulasi.
  5. Buat salinan muka hadapan buku akaun GIRO yang jelas menunjukkan nombor akaun simpanan GIRO dan alamat anda.
  6. Sediakan keperluan peribadi dan kekemasan diri
  7. Datang ke Kolej Matrikulasi Melaka untuk mendaftar mengikut fasa pendaftaran yang telah ditetapkan.
  8. Kami mengalu-alukan kehadiran pelajar semasa sesi pendaftaran pelajar baru dengan pakaian dan imej anda sebagai pelajar. Sila patuhi etika pemakaian dan imej ( bersama borang panduan kemasukan ) anda.

The upcoming waiting, UPU offer ^^, .. InsyaAllah =) I hope for the best. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...