background

Saturday, March 22, 2014

Selawat Perdana @ Putrajaya

video


video


video


video



alhamdulillah , Allah swt beri kesempatan untukku dan separuh juta lagi manusia untuk menghiasi malam dengan Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul di Dataran Putrajaya Presint 1.

ya allah ya tuhan.. sungguh aku tak sangka dengan jumlah penghuni taman-taman syurga ketika itu.. sangat ramai..bahkan seperti menyamai berada di Tanah Haram..
mungkinkah begini keramaian manusia di Tanah Haram? maaashaa allah..

walaupun sekadar berzikir dan berselawat, namun bagiku.. malam acara seperti ini tetap terkesan dalam hati mendengar alunan suara Sheikh Habib mendendangkan nasyid selawatnya cukup memberi keinsafan.

Selawat Perdana ini ditayangkan secara live di saluran Astro Aosis, TV1 dan TV Alhijrah. Alhijrah sebagai media rasmi program sebegini.

di penghujung acara, seluruh pengunjung mengaminkan doa atas keselamatan penumpang pesawat MH370, keselamatan Malaysia.. dan medoakan kesejahteraan seisinya. 
Ameen ya rabbal ala' amin

melihatkan suasana. ada yang membawa seisi keluarga. ada yang membawa satu rombongan persatuan biro wanita, tahfiz, dsb.. bila tengok seisi keluarga tu.. macam anak-anak kecil yang dah pandai berjalan turut behave diri sendiri kat tempat ramai orang.. dah lah pakai jubah comel budak kecil tu.. syukurnya dapat bawa famili, mak and ayah ke tempat-tempat ni. mungkin haji dan umrah bersama-sama?? in shaa allah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...