background

Thursday, July 3, 2014

Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah sampai hari ke5 Ramadhan..
Moga amalan kita sentiasa dipertingkatkan.

Haritu time bertadarrus di Sungai Besi, kita ada bertanya seorang ustazah mengenai ..

T A S B I H   K A F A R A H

sebabkan kita selalu terdengar pengacara majlis/pengerusi majlis /ketua mesyuarat akan cakapkan macam ni;


 " Kita sudahi majlis kita dengan Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr "

untuk makluman, ianya dipanggil kafarah bukannya kifarah yg kebiasaannye..sbb kifarah tu denda.

i was curious on how to recite this tasbih everytime after meetings and majlis. thats why i am trying to look out the answers from the google itself/ asking the opinions from others. 

makanya, ustazah tu, write me up the tasbihkafarah but i did not snap the picture. so I just get it from google. 






This is what I get from Facebook about Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr; 
source: Facebook saudara Muhamed Khairul

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat.


BERKENAAN SURAH AL-ASR PULA

ia tidak di sebut kan dalam mana mana hadis nabi,tetapi mnjadi amalan para sahabat apabila berjumpa antara satu sama lain,sebelum mereka berpisah,mereka akan membaca surah ini sehingga habis bagi mengingati satu sama lain...


So let's together we memorize the tasbih kafarah in order to get the blessings from Allah swt and avoid us from doing the hidden mistakes during the meetings and events :) 

So, lepasni, bolehlah buat bekal untuk dijadikan amalan setiap kali habis meeting. Kita sem depan pun, akan berdepan dengan pelbagai meeting yang akan membincangkan pelbagai agenda. Dengan harapan, tasbih kafarah dan surah al-asr ni dapat menyucikan hati kita dan mengelakkan diri kita daripada perselisihan faham di kalangan ahli mesyuarat. Chaiyok!

amin ya rabbal al-amin =)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...