background

Saturday, August 4, 2012

muhasabah build our strength.




Pada bulan Ramadhan ni, kena banyak muhasabah. Suasana sangat berbeza bila aku dah masuk alam U. di sini, terutama sekali kawasan kolej kediaman aku tiada program Ihya' Ramadhan. Kami sebagai budak junior merupakan kumpulan minoriti ASPER upm di kolej kediaman kami, Kolej Pendeta Za'aba, UPM.

Majoriti budak Asasi tinggal di Kolej 13. dan komuniti kolej diorang banyak menganjurkan program sempana sambutan bulan Ramadhan. Alkisahnya, di tempat kami, senior balik kampung masing-masing sebab apa? sebab cuti semester. memang , by hook or by crook, aku kena balik rumah every weekend. If, nak pergi surau K13 pun, kena pergi berteman. Malam-malam, kawasan jalan raya mengarah dari K13 ke KPZ sangat gelap dan bahaya. Aku pernah berjalan sorang-sorang after terawih di K13.. =.= Uh, kussss, semangat..Before that, kawan-kawan dari K13, ada tanya, "Eh, tak pe ke balik sorang?", aku jawab dengan jawapan yang melegakan diorang dan menyedapkan hati aku walaupun the reality is Tuhan saja yang tahu. Aku tak kisah berjalan sorang, selagi ada Tuhan yang melindungi kita, aku hanya mampu memperbanyakkan zikir dan selawat..  

Nikmatnya balik rumah, sebab apa? Tak banyak pun sumber kafeteria dan bazaar sebagai tumpuan mencari makanan berbuka di kawasan berhampiran. bila balik rumah, tak payah cakaplah.. nikmat .. Alhamdulillah. ^__^ tapi, bayangkanlah, student dari negeri jauh-jauh yang duduk di kolej kami. . Ya Allah sabarunn minal iman. Muhasabahkan diri dengan halangan dan dugaan. lagi satu, ni suasana di tempat sendiri. kalau di tempat orang? tak ke, naya? dan banyak risikonya. Actually, kita kena banyak bersyukur. Even kita tak terpilih untuk mana-mana program ke luar negara, tak apa.. Kita survive dulu di negara sendiri. Try dulu, macam mana.. Then, buat betul-betul dalam exam, dan score. If, kita betul-betul dah bersedia, baru kita mencuba sesuatu yang mengubah dimensi suasana hidup kita dan buat penilaian. 

Untuk kawan-kawanku or sahabat bloggers, if kita nak jadi kuat, kuat menghadapi dugaan, kuat berhadapan dengan risiko dsb, kita kena banyak muhasabah. Buat mind set, yang kita tak boleh harapkan orang lain seratus peratus. Try to stand by your own feet. tambah-tambah, buat pelajar freshie macam kami ni, memang tak dinafikan pengaruh persekitaran banyak mempengaruhi identiti. Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita sedikit demi sedikit berubah. sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Nasihat juga atas diriku sendiri. Sebab, bila aku baca balik post ni, dia reflect balik pada diri sendiri. 

Muhasabah untuk melakukan perubahan yang lebih baik. 
"Sesungguhnya orang yang bersabar saja yang akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar, ayat 10)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...