Alhamdulillah, I feel so relieved after having hard time in order to make this for real. I'm never taught that I would be brave if I had to be alone, and get along with the new groups. New environment exactly.
At first, petang Jumaat,
aku menunggu panggilan daripada kakak FBN untuk confirmkan pengangkutan yg disediakan untuk ke UIA.
but, kak Hazimah, kakak yg aku selalu contact berkaitan dgn program ni, tak dpt nk bantu sgt.. sbb kakak ni dri Sepang.. and akak ni suggest utk contact kak Syafinaz. Then, akak ni contact and bgtau that, aku kena bermalam kt rumah kakak ni, sbb esok paginya kena ambil bas dari UKM memandangkan peserta dr UPM tanpa pengangkutan sendiri hanyalah tujuh orang.
pikir punya pikir sampai nak pecah kepala. call sana, call sini.. call ayah. paling tak tahan. ayah siap cakap "kalau dah susah sangat, tak payah pergilah along". hah?? ayah ni tak membantu. mana boleh tak jadi. lgpun aku dah janji dgn Raihan and aku masih pegang resit byarn tuk Raihan. Lgpun, raihan pun gigih juga tinggalkan pelbagai tanggungjwb dia kt matrik melaka semata-mata untuk pergi program yg bermanfaat ni bersama-sama. aku teringat, dia cakap dia ada quiz maths hari sabtu tu and mcm-mcam lgi yg sepatutnya tak boleh tinggal. sedangkan aku? hanya tak ada program ape sabtu tu, tapi duk kalut pikir macam-macam pasal tempat bermalam kt rumah kakak yg aku tak berapa kenal. bayangkan betapa susahnya aku nak buat keputusan. nasib dapat mak yg memahami.
malam tu,
akhirnya, aku buat solat magrib and isyak pohon betul-betul pd Tuhan agar aku boleh menyahut cabaran ni. the best part is dalam rumah kakak tu, ramai lg peserta PEMBINA yg lain. but aku antara wakil pelajar asasi yg ke program ni. seriouslyyy?? *claps for myself* Tak adalah susah sangat nak bergaul dengan mereka. sbb dorang friendly and baik hati. masing-masing ade bidang yg dorang ambil kt UPM ni.. macam-macam. disebabkan penat sangat menunggu akak tu ambil aku kt kpz dri lepas isyak hingga ke pukul 10 lebih. sampai aje rumah akak tu, gosok baju jap, minum milo and terus tidur dengan nyenyak sbb esok dah nak kne bangun 4.30 pagi.
pagi sabtu, Sri Serdang-Masjid UPM-UKM-UIA:)
dalam pukul 4.30am lebih dah bangun. and disebabkan menunggu giliran untuk mandi dlm rumah akak tu. kak hazimah bawakan aku, adik dia, and kak syakilla pergi mandi and solat subuh kt masjid upm. seriously ni first time!! *banyak kali juga aku cakap fez time dgn kakak-kakak tuu* and aku terbawa hanger kak syafinaz smpai sekarang lagi pegang. haha. sigh=.=
selesai menunaikan fardu subuh di masjid upm bersama rombongan dari upm, akak Hazimah pun bawakan aku, kak syakilla and adik dia naik kereta terus menuju ke UKM. sebabnya kami akan bergerak naik bas dengan ramai lagi peserta ke UIA Gombak. here we are coming!!! bas bergerak seawal 7pagi dengan harapan boleh sampai 7.30am. tp, kami sampai dalam pukul 8am.
Tepat pukul 8am, kami pun sampai di U I A M Gombak. Yeahhhh!! The mission is accomplished! and Raihan pun dah sampai jua. Memang cantek, santek, menarik seni bina kampus UIA ni.
Tengahari, UIAM Gombak.
Ohh. Bercakap pasal cafeteria and kemudaha UIA. Haha. Aku nak cerita satu benda ni. I'm really excited siap sanggup beli roti arab kt kedai yg jual pelbagai makanan yg datangnya khas dari negara Arab. Price cost RM2.50. Kafe pula, masa makan tengah hari, aku, Raihan and kak syakilla ingatkan dpt makanan free dengan menggunakan kupon yang ada. Hanya kafe-kafe tertentu je yang boleh pakai kupon tu, hmmm i don't know the exact procedures. kami cari kafeteria ni, habis satu UIA ni kami terokai. ade kafe yang jual makanan arab, ade juga jual makanan western and mcm-mcm lg.
akhirnya, kami terbehenti depan kafeteria ni yg dekorasinya sumpah cantik!! the interior design looks like rumah sendiri. siap ade cermin, skrin LCD untuk tengok tb. memang heaven homeyy laaah. haha. tapi sayangnya, makanan yg tinggal tak menarik hati. aku terpaksa amik satu jenis ikan air tawar sbg lauk sbb tak da lauk lain. and aku tak dpt habiskan. huhuu T.T *berharap mak cik cleaner bg kucing makan ikan tuuu*.
Petang, di UIAM Gombak.
Ohh, about the program. haha. sorrylah merapu ke laut. Al maklumlah dah lame teringin sangat nak ke UIA ni. sebab tu lah, sampai sesi kedua pun masih tulis benda ni. Kalau nak tau pasal program yg sy pergi ni, joinlah PEMBINA . Tak rugi pun. Namapun Festival BELIAWANIS Nasional. Dah tentu-tentu program untuk muslimah sahaja. Ok?:)
Paling menarik sekali, forum Gaza, Kami Bersamamu daripada peserta MSG2012 (Misi Solidariti Gaza 2012). Pelbagai pengalaman, kisah suka dan duka yang dikongsikan oleh beberapa peserta yakni panel-panel forum tu sendiri iaitu Salima Habibi (penyanyi AF4), kak Yezren (photographer MSG2012) and Amie Sofia (Juara program Solehah).
I bought a lot of colorful handsocks. Raihan berminat dengan arnab yg dijual di salah sebuah booth kt sana. The price is rm40. All the rabbits are soo cute!! Aku setuju je kalau Raihan betul-betul nak beli. but then, fikirkan cage dia and dengan program yg kami tgh sertai ni. mana mungkin. and macam mana mau bawa itu arnab? lala.
Malam,
kami bersolat maghrib di masjid UIA. and before solat tu, sempat jamah makanan berkupon sebentar berdekatan tmpat solat. makan nasi ayam :) time dah masuk maghrib, kami berwudhu.. huuu time tu ramainya orang. nasib sy bawa telekung sendiri. serioussly, bila hari dah nak bertukar ke malam. macam-macam yg aku and raihan fikirkan.
fikir pengangkutan untuk raihan balik. dengan bateri kong henset raihan and bateri hampir nak mati henset aku ni.. haish. dugaan. aku sempat charge fon kt tempat solat tu. even tak sampai pun half percent charging. terpaksa tanggalkan plug. takkan nak berlama kt sana pula sedangkan yg lain dah kembali ke auditorium.
Hmmm. Ohh. lupa, program kebanyakkannya dijalankan di main auditorium. Dlm main auditorium ni, peserta FBN kali ni mencecah 2000 orang tau. *ayat kali ni, tak boleh bla. padahal first time :3* So, program untuk malam bersambung dengan sajak oleh naib johan program Solehah. and the kemuncak one is, teater 'Ibu Partiwi' yang dilakonkan khas oleh penuntut-penuntut beliawanis dari universiti Australia <3!
so, dalam pukul 10 lebih, parents Raihan call and mereka datang jemput Raihan balik. while me? huhuk. tsk. tsk. nasib ade kak Syakilla yang menemani sepanjang program. Thank you akak sbb even akak dah final year, tapi akak nak juga berkawan dgn sy. sayang akak sangat-sangat. Hope kita boleh jumpa lagi. =)
rombongan dari UPM mulai beransur pulang dengan menaiki bas dalam pukul 11malam lebih. dengan perjalanan yang memakan masa 1jam; dari Gombak ke UKM. Dari UKM, sy and kak syakilla tumpang kereta kak Hazimah untuk menghantarkan kami ke kolej masing-masing.
Sampai pintu utama kolej kediaman, dalam pukul 1am macam tu. Gate macam dah nak tutup. Tp, alhamdulillah, dengan keberkatan program yg kmi pergi. Akhirnya pengawal benarkan kami masuk. Kalau tak, mahunya kita balik semula ke rumah kak syafinaz. huuu. mimpi je laaa untuk ber'explorace' esoknya tuuu. ==, bukan senang tauu nak dapat lepas gate utama kolej. nak kena tengok dokumen macam kad matrik. nasib aku usung kau wahai kad matrik. ==,
Walau apapun, aku dah pun melalui dan mengharungi pengalaman-pengalaman yang tak dijangka pada hari tu. Siapa sangka, budak perempuan asasi boleh bermalam dengan kebanyakkan kakak-kakak penuntut UPM yg mostly dah degree tahun dua and keatas. Haa. and siapa sangka, yang akan diberi keberanian untuk berseorangan tanpa teman untuk masuk tumpang kereta and rumah kak syafinaz. Siapa sangka, aku dapat merealisasikan impian untuk menjejakkan kaki di UIAM Gombak dengan bersusah payah begini.
Syukur. Alhamdulillah. Allah gives me the strength. Ok. I should stop. A buck of thank you to all readers, bloggers, my friends and anywho yang sanggup baca post yg paling panjang pernah dibuatnya ni sepanjang sy menulis blog.
Thanks,
Nur Shafiah Manirah Ismail,
Insan kerdil yg menuntut di UPM:))
No comments:
Post a Comment