Dengan limpah kurniaannya, alhamdulillah Tuhan masih memberi nafas dan peluang baru untukku agar dapat bersama-sama dengan sebilangan warga Kolej 16 untuk Program Khidmat Siswa ( O P S I S) yang berlangsung di Sik, Kedah Darul Aman dari tarikh 14 Januari 2014 - 18 Januari 2014.
- Hari Pertama, 14 01 2014.
This photo was our first day there.. We arrived Kg. Jeneri, Sik, Kedah around 5 o'clock, after 8-9 hours on the road and highway.. We were receiving a warm-welcomed from all penduduk Kg. Jeneri at SK. Jeneri.. After put all the stuffs and also the bags.. we were attending the Majlis Penyerahan Anak Angkat with penduduk Kg. Jeneri.. Setiap keluarga angkat akan mendapat 2 orang anak angkat daripada pelajar UPM... weee.. Aku bersama-sama dengan Fateen dapat keluarga Ustaz Mat Taib merangkap imam surau kampung.. Dalam keluarga ni, ada seorang je anak perempuan sebaya kami.. Kira boleh ngam lah sbb sebaya.. dapatlah jgk kembar angkat.. hehe.. seronok borak-borak dengan Nazira and emak bila ada free time kt rumah.. nama emak angkat kami, Pn. Rosnah.. Nazira pun rajin masakkan untuk kami.. paling sedap, ayam masak merah edisi Kedah.. Malam tu, just ada perasmian dengan ADUN Kg. Jeneri dan penyerahan sumbangan kepada penduduk kg. daripada ADUN ..
- Hari Kedua, 15 01 2014.
untuk hari kedua, kami adakan program bersama murid-murid Tahun 6, SK Jeneri - program motivasi dan LDK.. Alhamdulillah, murid-murid memberi respon yang menggalakkan utk aktiviti- aktiviti yang kami sediakan.. Paginya, kami adakan program motivasi utk meningkatkan kefahaman murid-murid dengan tips-tips cemerlang.. Selepas makan pagi, bermulalah aktiviti LDK kami, yang meliputi beberapa games mencabar pemikiran kritis dan kreatif mereka.. Rutin harian murid-murid Tahun 6 sangat memberi input yang baik dengan nilai-nilai islamik seperti bacaan al-mathurat pada waktu pagi dan solat zuhur berjemaah di surau sekolah sebelum pulang ke rumah.. Ustazah sekolah mereka sangat menekankan solat 5 waktu sehari semalam.. Kami berasa terharu dengan sedikit tazkirah ustazah yang mengaitkan solat fardhu 5 waktu dengan kecemerlangan UPSR..
untuk hari ketiga, program saringan kesihatan bersama penduduk Kampung Jeneri di rumah penghulu kampung, iaitu Pak Long.. Rumah Pak Long dijadikan tempat untuk program saringan kesihatan kami bersama pegawai kesihatan klinik desa Kg. Jeneri..
time ni tengah tak ramai penduduk yg dtg.. so boleh tangkap gambar banyak banyak.. lepas je tangkap gmbr ni, terus disuruh tolong ape yg patut.. huhu.. |
ni haa after aku, MO ni layan atuk ni pulak.. klu kat Kedah depa panggil Tok Wan *untuk atuk lelaki* TOK *untuk nenek*.. |
- Hari Keempat, 17 01 2014.
now, sampai sudah hari yang keempat di Sik, Kedah.. Pada hari tu, kami adakan aktiviti explorace khas untuk murid-murid Tahun 6.. Mereka telahpun dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ada fasilitator masing-masing..
so setiap checkpoint akan ada 2 orang fasi, aku dgn Syeera checkpoint 4 utk game yang bernama "Tongue Twister".. at first, dorang kena baca kad tongue twister yang berbelit tu.. then, setiap satu kad yang salah mcm pronounce salah ke? tak boleh nak sebut ke? akan didenda "Spell It Right".. utk first kumpulan yg dtg, mmg kne denda..tp just spell je ape ape perkataan.. boringkan? itupun budak2 yg pandai je spell.. so next next kumpulan yg dtg, kami tukar denda dengan.. spell smbil ketuk ketampi.. at least semua orang dlm kumpulan tu akan bersama-sama mengeja sekali moga dorang terfikir untuk tak buat salah lagi disebabkan dah kena ketuk ketampi kan.. hehe.. akak-akak fasi x berniat nak mendera tapi nak mengajar..
explorace pun tamat dalam jam 12.. aku and Fateen terus balik sebab dah janji nak makan tengah hari rumah mak.. lepas makan n solat, mak and Nazira bawa kami jalan-jalan melawat Ladang Anggur kt Tasik Beris.. Tempat cantik but then kt ladang tu mmg dah tertera, "dilarang memetik anggur" ya allah.. takkan lah nak sebiji dua anggur pun nak berkira.. makanya, lawatan situ jadi boring je.. dah lah.. x jual pun anggur fresh setakat karipap anggur and kek anggur je.. tapi best dapat jalan -jalan dengan mak and Nazira, at least ade jugak "bonding time" antara kami..
then, after asar, ade makan-makan rumah Pak Long sempena Hari Jadi anaknye yang bongsu.. tak lupe, selawat berjemaah sempena memperingati ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad saw.. then, lepas kenyang mengisi perut dengan lauk-lauk tengah hari mak masak, kek n karipap anggur termasuklah laksa n satay rumah Pak Long ni haa.. Lepas tu, Aku, Fathan, Fateen, Nasuha, Azrin, Pokwe and Meor pun decide nak jalan-jalan kampung n tengok-tengok kawasan pasar malam lalu pulak kawasan perkuburan yang ade lembu.. time tu, Fateen sorang je pakai tudung merah.. mau tak mau dia menangis lah weii..
malam tu, ade malam kebudayaan.. kami buat persembahan lakonan sketsa "Adam".. aku pun berlakon sebagai Yaty isteri Adam.. haha. nasib x ada dialog.. fuhh.. Fateen n Solehah jadi adik-beradik yang meratapi pemergian ibu di sebuah hospital.. memang feeling habis..air mata pure pulak tu yang keluar... Persembahan paling best, ofkos kumpulan dikir barat SK Jeneri.. mari tengok video ni.. Tahniah, kumpulan Kucing menang tempat ke5 utk explorace k .. ihiks! :)
- Sabtu, 18 01 2014
..balik Selangor time.. sedih and sebak tau nak tinggalkan semua yang ada kt Kg. Jeneri ni.. sedih nak tinggalkan mak abah and Nazira.. Sebelum berangkat ke sekolah untuk Majlis Penutupan, abah ambil masa sikit bercakap dengan aku dan Fateen, abah ceritalah mengenai beberapa kritikan and sedikit cadangan untuk penambahbaikan program kami ni.. Masa sarapan, emak hidangkan nasi lemak, roti canai and pau kedah.. sedapp.. dapat jugak buat bekal makan dlm perjalanan balik..
Then, acara post-mortem pun berlangsung tepat pukul 9pagi di dewan SK Jeneri, aku and Fateen pun menyampaikan amanat, kritikan and cadangan daripada abah kami dalam rundingan post-mortem tu.. sampaikan ketua program yakni kawan sekuliah aku sendiri menangis sebak sbb fikir dia tak mampu nak puaskan hati semua.. btw, nobody is perfect in this world.. and tak semua program will be totally smooth.. ape yang kurang itu, akan dijadikan teladan utk masa akan dtg.. terutama bagi bakal-bakal MTM ni.. mane tau? in shaa Allah..
disebabkan bas delayed.. untuk pengetahuan, bas UPM memang tak stay, terpaksa pergi Pahang ambil pelajar-pelajar UPM kt sane.. apekan daya, kami hanya meminjam bas UPM bukannye menyewa bas luar.. So, after Majlis Penutupan tu, aku and Fateen terpaksa melambaikan tangan dan bersalam buat kali terakhir dengan keluarga angkat kami ni.. Mereka tak dapat nak bawa kami balik rumah makan tengah hari, kami pun tak meminta.. sebab mereka kena pergi Sg. Petani menguruskan kematian saudara di sana..
Then, aku and Fateen ikut mak Nasuha balik makan tengah hari.. Emak Nasuha ada 2 orang anak lelaki yang bernama Eifadz and Riadz.. Eventhough, rumah mereka agak mewah tapi 2 orang adik-adik ni tak sombong.. Mereka sangat peramah. Dalam tempoh yang sekejap tu je sambil menunggu bas lalu, kami dah saling bertukar-tukar FB.. Seronok bersembang dengan mereka.. Mak dorang pun sporting.. Lepas solat jamak Zuhur dengan Asar, lepak makan buah sambil tunggu bas lalu.. Around 3 o'clock, bas sampai..
Regards from me,
Sha f i r a..
Till Then :*
No comments:
Post a Comment