background

Wednesday, February 19, 2014

warisan nasi ayam






Assalamualaikum, kita nak cakap sesuatu... yang kita sangat bangga dengan seseorang yang bernama HERO kita  iaitu, ayahandaku sendiri ..sebab ape? sebab walaupun ayah jarang bawak kami jalan-jalan.. tapi ayah sangat pandai memasak and setiap kali ayh cuti..

sayalah orang paling bahagia didunia bila ayah nak share sambil tunjuk kepakaran ayah memasak nasi ayammmm!!! 

tak cukup bahagia lagi? syukur alhamdulillah.. bahagianya saya kalau dapat suami yg pandai memasak.. macam ayah.. *peluk ayah*

so kalau nak cerita resepi kt sini, saya tak professional.. *kahkahkah* Rasannye part nak buat ayam golek tu, paling meng-impress-kan diriku yang jahil ni.. sebab ape.. okay aku try untuk cube refreshkan ape yang pernah dipelajari di dapur dulu.. *heeeeee *

Perapan Ayam,

Kalau nak tahu resepi perapan ayam dalam kebanyakkan nasi ayam, ayah akan perap ayam bersama sos tiram dan sedikit madu.. *ummmmppph* dan ayam-ayam ini akan digoreng di dalam periuk yang penuh dengan minyak sampai garing-garing hitam sikit.. bila dah masak, ayam tu nampak betul-betul berkilat.. 


Part buat sos,

Sos tu sebenarnya hasil gilisan cili-cil merah di dalam blender.. lepas tu, tumis bersama bawang, tambah air sikit.. and resepi rahsianye, ayah kita letak sedikit jus limau kasturi.. *jus? haha*

Part buat sup,

tumis bawang macam biasa, letak kiub pati ayam, didihkan air yang banyak.. campur tulang-tulang ayam..and biar dia mendidih mengikut masa yang cukup! okayy..? :D

Kicap pulak?

kicap nasi ayam tu sebenarnya.. emm koleksi daripada renehan sup tadi.. bila kita biar lama-lama kan ade lemak-lemak sup timbul di permukaan sup kan.. Jadi, lemak-lemak tu diambil dan diasingkan ke bekas lain untuk dibuat kicap.. nak nmpak macam kicap, hanya tambahkan sajalah KICAP! haha.

nak buat nasi ?

haha, hmmm part nak buat nasi paling tak ingat sekali walhal paling penting! tak silap, ade margerin Planta yang ditumis bersama bawang? huhu...

ni betul-betul kena berguru lagi ni bersama ayahanda di singgahsana .. maaf patik mengundurkan diri ketika ni.. 

Terima kasih sudi baca :))



Selamat menjamu mata dengan pemandangan indah di atas. ^^

Currently, kita sedang meng-adapt-kan diri bersama semester 2 di UPM. Tiba-tiba, kita rasa banyak betul kelainan dan keanehan. Moge-moge aku still bersama kawan-kawan yang ikhlas berkawan. *wink winkk* Kawan yang betul membimbing, bukan merosakkan akhlak. puii. Lagi satu, before bermula semester 2 kita ada pergi Kem Pemantapan Asas (KPA) bersama Top-top MTM dan ahli MTM sesi 2013/2014. Kita nak cerita, yang kem tu seroooonokkk gilerr.. Semua surat-surat amanah, wall, kenangan akan terpahat patri dalam hati. Ecewahhh.. #speechless 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...