background

Monday, January 23, 2017

Bye2 Kak Mekna sobsobss



alhamdulillah~ 
Society Awareness Programme (SOAP 2017) Siri 2 dah selesai dengan jayanya in shaa Allah! Program SOAP Siri 2 melibatkan program bersama anak-anak orang asli Kg. Bukit Manchong yang datang untuk beraktiviti bersama kami di UPM.

Program bermula hari Jumaat 13 hb Januari hingga 15 hb Januari 2017!  The only reason i joined Siri 2 program ni sebab nak spend the last time ever dengan KakMekna #SeriousTalk

Sejujurnya, lepas shj program asprisiasi emtiem awal tahun 2016 aku dah tekad nak kurangkn aktiviti kolej means nak fokus last semester lah kononnya n tambah2 pulak aku dah pindah blok yang lebih jauh sikit dengan hq emtiem so, agak susah sikit aku nak involve program kolej since then.

tapi, bila knowing that Kak Mekna join for this 2nd series of SOAP! akupunn, "Eh seriouslahhh?!!! Nak join jugakkk! hehehehehehehehe, tapi aku nak satu AJK dengan KakMekna ajk makanan tauuu, aliaaaq! *nada bersungguh sungguh nak join!" Kebetulan masa program selepas finals exam so, why not lahh aku stay kejap kat kolej settlekan itu ini since aku Ajk Penajaan, aliaaaq duk pujuk aku sekali Ajk dgn dia hmmmmmm okaylah nak oiiii. 

Dari awal lagi, aku susah sikit nak join meeting dorang, selalu je create reason jauhlah tak laratlah hahaha. tapi aku perform jugak keje2 ajk penajaan tauuuu! email2 tak lekang tau aku duk email company hari2 beb! tapi takdak rezeki sgt cuma.. nasib kami baik sebab si Habibi pandai tackle bhgn kementerian untuk sponsor event programme kami ni. hehehe alhamudulillah~

Lepas aja program 3 hari bersama anak orang asli tu, akupun balik hari ahad malam tu jugaak! Dah le balik waktu meeting post-mortem, team Soap pun beria melambai-lambai aku malam tu hehe *drama betullah. Lagi drama, aku igt malam tu aku lastlah jumpa Kak Mekna........ terus nangis sebak sikit je.

tuptup, sebenarnya, dah dapat tahu dari Jumaat lgi, yang 1M4U nak sponsor tiket PREMIUM SCREENING RESIDENT EVIL FINAL CHAPTER! Showing time dia Selasa 9 Malam dekat One Utama. Aku fikir aku tak dapat kot nak join dorang jauh memalam pulak tu. Aku try tnye si Siti Rohani dia nak join tak tengok movie freeee. Tup2, dia pun okayyy nak join...yeayyyyy!

Apa lagi, petang selasa tu, dia bawa aku sekali naik moto pegi upm, sebab nak naik bas sekali dengan team Soap ke One Utama tu. hehe

Bas pun gerak dalam pukul 6 petang, sampai je sana, masing2 buat hala tuju sendiri. hmmm so, aku, Kak Mekna, Alia together dgn Siti ktorang pun sepakat nak cari makan dulu. hihi,. alang-alang ade lagi 3 orang budak lelaki kelas kitorang dia ajak sekali eh jum main bowling. Kitorang pun okay jelahh kn.. Makan kjp dgn Siti n 3 orang ni sebab lapar gile. Lepas makan, baru pegi solat maghrib hehe. n then~ dah tahu lagi 45 min nak masuk cinema, sempat lagi pegi main bowling wehhhh. hahahahah

btw, Pengetua Baru pun join tau kitorang tengok movie freee hihi. 
okayyy tu je laaa nak citer pun, balik yupiem, konon nak solat isyak kat surau pastu terus balik BJ. tapi, dah lewat sgt pkul 2 pagi lepak dgn Kak Mekna, Alia, Dayah ni...dorang pun ajak stay je laa overnite wehh alang-alang dorang pun (Alia & Kak Mekna) dah nak berangkat balik utagha esok pagi. So, why not, say bye2 kat dorang, tolong angkat barang ke, before dorang balik kan. So, overnite la aku bersama Siti Rohani dengan dorang. hehe

n then, esok paginya, byeeeeeeeeeeeeee
Kak Mekna sobsobssss. in shaa Allah moge kite jumpe masa konvo nanti yer. 



Image may contain: 15 people, people smiling

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...