background
Wednesday, April 5, 2017
who is he actually?
assalamualaikum wbt and hyeeee everyoneeee :3
hah, harini saya nak bincangkan satu isu perhubungan yang mana perlu ke heboh-hebohkan hubungan istimewa or bahasa lainnya hubungan 'pakwe-makwe'.
back to the basic, kita kembali kepada habit or perlakuan serta definisi seseorang yang mengekspresikan hubungan masing-masing dengan cara tersendiri. artikel yang tak berapa artikel saya tulis ni more to my own opinion okay? and it is just from my own.
okay soalan saya dari side A, why kena post gambar sweet-sweet?
jawapan klise, "ehh, korang jeless ehh.. kitorang tak rase gambar tuuu sweet. just saje saje je nak post sbb itu hak individu kan, sosial media masing-masing. kalau tak suka, boleh unfollow or unfriend. hihi"
and then, another question from side B, ehh wehh cerita dia orang mana? siapa? kenapa? macam mana boleh kenal?
jawapan klise, "ehh siapa korang cakapkan ni, takde siapa-siapalah. dia kawan aku je. mana korang dapat cerita ni. huhu"
terdapat pro and kons, and kita boleh decide sendiri nak pilih haluan yang macam mana. setengah orang, gambel tangkap gambar post tunjuk pada semua sebab nak bagi orang kenal (dari sudut tambah networking positif) and bagitahu orang lain dia dah ada 'someone else' kira mcm jalan safe bagi mengurangkan orang lain kecewa (if ada).
setengah orang lagi, pilih jalan safe tak post pun apa-apa. berkawan or bercinta senyap-senyap tengok-tengok "ehh, dapat kad kahwin" haaa kan sweeeet. hihi. tetapi ade juga pasangan, yang myb sporting habis terlalu chemistry lah sampai berkongsi kisah itu ini bagi memberitahu orang lain untuk mendoakan mereka.
kalau tengok gosip-gosip artis pun, tak akan adenya dengan megahnya bagitahu, "yes, itu boyfriend/pakwe/bakal suami saya" tambah-tambah diorang, they are too scared to declared sebab at the end berbalik pada dorang samada ke jinjang pelamin dengan orang yg sama or tuptup dengan orang lain.
bila aku melalui fasa sekolah hingga ke universiti, ada pasangan bercinta bagai nak rak zaman sekolah, last-last pun berkahwin dengan orang lain. yes. kita takboleh nak menidakkan takdir n mempersoalkan takdir. tapi mulut orang tak dapat kita tutup. n bukan elok pun nak menzahirkan perasaan cinta melalui suatu gambaran rapat antara satu sama lain seperti belangkas tanpa adanya ikatan sah.
"eh kolotlah kau ni. ni bukan zaman nenek moyang nak berselindung selindung. mak ayah kitorang okay je. sporting je."
yes, that is why itu terpulang kepada hak individu namun pada akhirnya terpalit kat diri sendiri samada ianya jadi kenyataan ataupun sebaliknya.
kalau betul-betul serius, and then proceed to next level. tapi kena ingat jugak, bertunang pun bukan menghalalkan semua perkara. kena pandai pandai jaga batas. cabaran bertunang juga dikatakan lagi Maha dahsyatnya.
"lahh setakat post je kot, kitorang tak pegang pegang tangan pun"
okay takpe, yes, kita post and orang lain pun akan "ehh sweeetnya dorang" n dorang pun teringin nak buat benda yang sama dengan alasan, "orang lain yg macam alim-alim tu pun boleh post sweet2, aku pun nak jugaklah"
Look. Ini adalah satu cara menderitai perasaan orang lain yang mungkin akan rasa "sweetnya dorang, kan best jadi macam dorang huhu" dan perasaan mencanak-canak nak ada pasangan sendiri nak show off jugak macam dorang. kalau takde tu, rasa loser abislah.
ada sesetengah orang terlalu takut nak tunjuk sebab... pelbagai sebab.
antaranya, sebab takut apa yang kita terlalu harapkan berkecai tidak menjadi kenyataan.
mungkin ade sesetengah indivitu itu, bila dah bersatu, akan cinta sungguh-sungguh tak sanggup nak lepaskan. walau onak duri gunung berapi sanggup kuredahi.
tapi, disarankan juga, kita perlu berjumpa dan mengenal bakal pasangan terlebih dahulu sebelum boleh maju ke tingkatan seterusnya. Level, berjumpa mak dan ayah (merisik). sebab, zaman sekarang ni, terlalu bahaya, untuk serah bulat2 keputusan tanpa kenal bakal pasangan kita terlebih dahulu.
Kesimpulannya, kita hendaklah bertindak apa yang terbaik untuk semua. Bergeraklah sesuai mengikut peredaran masa namun masih mengekalkan syarak yang telah ditetapkan, menjaga batas sebaik-baiknya, keluar atau berjumpa pun mesti beritahu mak ayah masing-masing sebab kita masih lagi tanggungjawab mak ayah kita ye. Jagalah maruah mak ayah kita dan yang paling penting, jagalah maruah diri sendiri wahai saudara saudariku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment