cerita bermula apabila si ibu menemani seorang anak gadisnya ke Pudu Sentral untuk mendapatkan bas ke Baling. si gadis telah berjanji dengan seorang sahabatnya untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan bas untuk ke destinasi untuk mengambil sijil SPM.
seawal 4pagi, si gadis dah bangun sebab perasaan yang terlalu sarat, tak boleh nak tidur dsb.. sehingga jam 7.15am keluar rumah bersama si ibu dan adiknya sendiri.. bergegas mendapatkan teksi apepun untuk ke Pudu Sentral. akhirnya, mereka dapat menaiki sebuah teksi serupa teksi klia atau limosin. pada mulanya, mereka hanya ingin berhenti di lrt terdekat dengan rumah, namun si pak cik teksi dengan baik hati offer untuk hantar terus ke Pudu Sentral dengan kadar berpatutan. sampai di tengah jalan, si pak cik teksi mengaku yang dirinya tak berapa ingat/ tahu dgn tempat yg mereka sebutkan sebagai Plaza Rakyat. si gadis masih simpan sedikit keraguan walaupun sudahpun berada dlm teksi tersebut.
namun, alhamdulillah.. sangkaan si gadis meleset. si pak cik teksi betul-betul menghantar mereka ke destinasi yang betul setelah berkomunikasi mendapatkan maklumat dengan salah seorg kenalannya menggunakan telefon bimbit.
setelahh sahabat yang ditunggu-tunggu oleh si gadis tiba, maka mereka pun pergi mencari sarapan di food court yang berdekatan.. dari pukul 8.30am menunggu bas Transnasional untuk ke Baling masih tak kunjung tiba. yang ada hanyalah bas ke Teluk Intan, Parit Buntar dan ke Kuala Kangsar.. setelah bertanya dengan pemandu bas yang ada, mereka mengatakan bas untuk ke Baling belum lagi tiba. sehinggalah jam mencecah pukul 9.30am si ibu membawa informasi/ berita daripada kaunter tiket di aras 1 bahawa bas mereka telahpun pergi pada pukul 9.01am.. dan mereka tercengang-cengang kerana.. pada ketika itu, mereka di bahagian bawah.. tiada langsung mendengar pengumuman tentang bas mereka.. dan tiada langsung informasi jika perlu berkongsi bas dengan pengguna bas yang hendak ke Butterworth dsb.
mereka berasa sangat terkilan dan sedih dengan harga tiket sebanyak RM44.50 seorang. berasa insecure dengan sistem yang tidak sistematik. pengumuman yang tidak jelas kedengaran. ketibaan bas yang tidak menepati masa. tempat platform bas bukan seperti yang tercatat pada tiket. tiada connection n komunikasi antara penjual tiket di kaunter dengan pemandu bas di bahagian bawah. sikap sesuka hati penjual tiket membuka jualan tiket tanpa mengetahui status bas yang sepatutnya. sangat tidak patut.
ps// cerita ini memberi pengajaran. dan memberi gambaran betapa tersepitnya pengguna bas terutama sekali golongan pelajar untuk berhadapan dengan situasi ini..
No comments:
Post a Comment