background

Monday, January 11, 2016

#ShafMinaTrip2Melaka - Part 2



Let's continue to our second day there!!!

19hb Disember 2015


We are continuing our day by wandering around Malacca !! Kami bangun agak awal, aku n Mina decide nak check out bilik lama n nak cari bilik baru for second night haha giler kot sbb guesthouse tu kami dah bayar for two nights kot. Ada kisahnya disebalik ini nanti aku cerita! haha. Call sana2 sini hotel bajet yang ada dekat area sini, and mostly semua full. Tak pe, aku n Mina breakfast Nestum yg aku bawa dari kolej sambil duduk by the riverside hirup udara pagi yang nyaman. Serius, the surroundings is away from the hectic life back in our colleges, ye lah, studyweek kan, nak ambil angin dulu, ambil semangat baru. Pagi2, nmpak ade orang2 yg jogging/ bicycling / walking around by the riverside. Serius, macam suasana kampung! kalaulah aku boleh buat jugak rumah satu kat sini hahaa


Street Art in Malacca Riverside

Memandangkan guesthouse ktorang menginap betul2 di kawasan street art ni. Sana-sini bangunan yg ktorang lihat tepi2 sungai ni mostly ade lukisan muralnya sendiri. Pelbagai lukisan mural yang dilukiskan oleh golongan pelukis tempatan, yang mana, kalau tengok betul2 lukisan tu menggambarkan cara hidup dorang, masyarakat Melaka tu sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum. Now, let's enjoy the pictures.



By the way, air sungai ni akan bergelora bila waktu malam hingga ke larut malam, maklumlah angin pun agak kuat. Bila waktu siang, sungai ni tenang je nampak tapi agak keruh laa hahaa



Bangunan yang dihiasi mural ni bersambung antara satu sama lain yang tiada kesudahan. 




Bangunan atas ni, macam hotel 5 bintang lah. Kafe pun kemahen lagi mewah kot! Ada je lukisan tetiap bangunan yang ada kat tepi2 sungai ni. Macam-macam variasi, hanya pencinta seni mural je yg memahami wahaha


Street Art Malacca by the Riverside - The best way to see the work is simply by wandering around Street Art by the Malacca Riverside with no fixed direction, if you make the effort to meander down the back-alleys you’ll soon discover a labyrinth of narrow, cobbled streets that weave into one another. Whether you’re looking for street art or not, something will catch your eye; a snapshot of daily life, the highly decorative Chinese temples, bountiful dishes of food, or finally, that piece of street art you’ve been sauntering around in the heat looking for.




The Stadthuys



Laman depan bangunan Stadthuys ni tempat paling ramai orang lepak. Mungkin, kat sini ade tempat duduk yang boleh rehat2 n tempat bas domestik turunkan penumpang. n kat sini jugak ada coconut shake Menara Jam Besar !!



Meh aku cerita sikit sejarah bangunan Stadthuys yang berwarna merah ni ,

Stadthuys dalam bahasa Belanda bermaksud ‘State House’ atau bangunan negeri. Ini kerana bangunan ini dibina khusus sebagai kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda di samping berperanan sebagai pusat pentadbiran koloni Belanda di Melaka. Stadhuys dibina sekitar tahun 1650an dan dikatakan bangunan Zaman Belanda yang tertua di sebelah Timur yang masih kekal. Walau pun Belanda mengambil alih pemerintahan Melaka dari Portugis pada tahun 1641, namun Belanda hanya membaikpulih struktur Portugis yang terselamat akibat pertempuran yang sangat panjang. 

Apabila kediaman rasmi Gabenor Belanda berpindah ke bangunan baru di belakang Stadhuys, kompleks ini kekal sebagai pusat pentadbiran Belanda. Malah peranannya kekal pada zaman Inggeris dan selepas kemerdekaan negara. Ia dikosongkan pada tahun 1979 apabila Kerajaan Negeri Melaka memulakan kerja-kerja baikpulih bangunan ini untuk dijadikan Muzium Sejarah Melaka.

"Di kalangan rakyat tempatan, Stadhuys lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Merah’ kerana warnanya. Menurut cerita tempatan, warna asal bangunan putih ini ditukar merah oleh Inggeris kerana mahu menyelesaikan masalah kotoran dinding stadhuys yang sentiasa bertompok-tompok merah kerana tabiat orang-orang Melaka yang meludah air sireh di merata-rata tempat. Maka itu keseluruhan dinding luar Stadthuys yang merupakan bangunan utama di mana   penduduk berurusan, telah dicat warna ‘air sireh’ supaya kotoran tidak ketara "
-disunting daripada sumber:  








Inilah namanya beca!! ada macam2 variasi, corak, hiasan yang dorang ketengahkan untuk menarik pelancong!! macam aku cakap sebelum ni, kalau naik beca waktu malam lagi best!!, sebab diorang siap akan pasang lampu n lagu kot. Aku jalan2 malam pun boleh pening antara satu beca berselisih dengan beca yang lain sebab silau lampu n bingit lagu yang dorang pasang hoho


By the way, sebelum aku berjalan2 ke sini, aku n Mina dah singgah Medan Samudera, yang jual macam2 souvenir; ada baju t-shirt, keychain, beg2 klasik, asam, dodol, cencaluk, belacan n macam2 lagi. Ktorang sempat brunch (breakfast+ lunch) kat situ, well aku amik nasi putih asam pedas ikan dengan sambal kerang tak silap hehe sedaaaaaaap !





*bakal ada banyak lagi siri sambungan, jangan lupa sambung baca yer..:') 
by the way boleh link to :


#ShafMinaTrip2Melaka - Part 1







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...