assalamualaikum wbt, & salam sehjahtera ke atas kamu :)
..alhamdulillah, entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku dengan sorang kawan sekelasku, Nurazmina pergi trip budget sdn bhd ke Malacca The World Heritage State !!!
Kami ke Melaka masa bermulanya studyweek,
Jumaat- Ahad (18hb - 20hb Disember 2015)
Trip Bajet Malacca The World Heritage State
why namanye, trip budget?? yes, definitely, kitorang akan menjalankan misi berjalan-jalan menerokai Melaka dengan kadar perbelanjaan yang paling minimum ! bukan aku tak pernah gi trip Melaka, it was the past few years, aku join trip Melaka sekolah rendah masa aku darjah 4 kot, pastu belikan souvenir cencalok n belacan utk famili. gilakan? haha :D okay, let's start our journey,
18hb Disember 2015, Jumaat
- 11pagi - aku n Mina naik moto Mina all the way from UPM Serdang to the KTM Serdang. Around 11am, kami sampai KTM, terus park moto baik punye dlm area hotel pastu laju2 beratuq pi beli tiket ke BTS which is dah naik harge, now KTM Serdang - BTS (RM1.90) *terpaksa aku pecahkan jua RM10ku mengenangkan aku hanya ade RM1 n takdop 90 sen huhu T.T
- 12 tengah hari - then, sampai BTS ramai gilerrr orang kot depa nak balik study week tapi kte dok ketegaq pi berjalan. Tunggu le beratur ikut turn kt kaunter no. 18 beli tiket bas, itu dah kira kaunter extra yang kitorang beratur masih panjang. Then, nak dekat2 kaunter ktorang tengok jam tepat 12 tengah hari, so we decided to bought two tickets 12.30pm. Jadi, kami belilah tiket bas Delima jam 12.30 tengah hari. Dalam masa setengah jam tu, aku sempat masuk tandas hehehehe
- Tunggu kat ruang menunggu. masuk bas Delima, boleh kira berapa ketul je orang yang nak ke Melaka Sentral jam 12.30 tengah hari tu hehehehe
- Sampai jua Melaka Sentral around 2.30 petang ! Then, kami pusing2 Melaka Sentral pegi tanya kat kaunter pertanyaan macam mana nak amik bas domestik ke kawasan Banda Hilir. Then, rupa-rupanya kitorang kena ambil bas domestik Panaroma Melaka Sg. Ujong platform no. 17. Dalam pukul 3 petang lebih bas pun sampai, and bayarlah RM 2 untuk ke Banda Hilir. But then, bila dah pusing lalu Bangunan Merah- Dataran Pahlawan - Banda Hilir - Melaka Sentral, baru sedar yang kitorang patut turun kat Bangunan Merah tu sebab dekat dengan area Jonker Walk.
- Inilah bangunan CIMB Bank gua rasa paling klasik dan autentik kat Melaka ni wow! bercirikan bangunan lama ni ! Tangkap masa dalam bas panorama, syok naik bas sebab tingkap dia besar, boleh tengok kawasan sekeliling terutama area Bangunan Merah tu yang meriah dengan ramaaaaaaaaaaaaaaai sangat orang serta foreigners oit! Jalan pun haruslah sesak huhu
- Disebabkan terpaksa turun semula ke Melaka Sentral kerana tak tahu nak turun mana at first naik bas. ye lah, igtkan turun Banda Hilir tapi bila sampai mcm jauh pulak nak ke Jonker Walk, so ktorang decide ambil bas semula and stop kat Bangunan Merah. Sementera itu, kte solat asar dlu, and aku sempat jamah chessekut seperti dalam gambar atas untuk menghilangkan lapar jap. Pastu, aku ajak Azmina tapau makan malam kt restoren western yg ade kt Melaka Sentral ni.
- Untuk urusan penginapan, aku serahkan pada Azmina. Ktorang decide nak menginap dekat guest house ni : Oriental Residence Riverside Guesthouse sebab murah RM 58/ malam. Tapi, jenuh jugaklah nak jumpe dia dekat area Jonker Walk and betul2 riverside wehhhh! Ktorang sebelum jumpe ni adelah hotel2 yang ktorang risik range harge dia semua around RM100 ++ oitt ni je kami rasakan murah n mampu nginap huhu.
- Guest house ni ade 3 tingkat and ade 8 buah bilik keseluruhannya. Kami dapat bilik yang takdop tingkap, bilik lain yang selesa ada tingkap semua full book. But the thing is, menginap kat sini kte kena share bilik air dengan tetamu rumah yang lain, thats why it is called 'guest house'. Gambar atas ni kemudahan2 yang ade kt guest house ni; ada shared bathroom with heater, iron board, dapur @ pantry, tv, bilik beraircond. Ktorang paling banyak utilised dapor dorang ni jd tempat utk masak meggi tengah2 malam n masak air nestum utk breakfast sambil minum2 kat tepi river dorang tu bersepoi2 angin tiup awal2 pagi tu! hehe. Gambar kedua atas ni lah, bilik ktorang yang hanya ade aircond, plug 1, plug lampu, kipas, 1 meja 1 kerusi n katil queen, cukuplah utk ktorang golek2 gelentang.
Jonker Walk
Lepas rehat2kan badan, makan malam kami makanan yg ktorang tapau tadi, kami makan dengan lahapnye sebab lapo gilerr wehhh! Aku makan nasi putih daging petai kuah pedas, Mina beli nasi goreng daging. Lepas kerjakan solat jamak maghrib-isyak, aku n Mina kuar malam tu jalan2 Jonker Walk n kawasan sekitar Bangunan Merah.
Area Jonker Walk pada waktu malam sangaaaaaaaaat meriah wa cakap lu! Sempat tengok performance jalanan budak2 ni nyanyi lagu Kristmas. Barang-barang yang dijual kat Jonker Walk ni semua omei2, ade satu kedai ni jual beg kiut2 macam Korean Style. Aku sempat grab purse Cath Kinston yg tak orilah of course RM 15 n beli kiut pencil box RM 10 je hehe n Mina beli sepasang cincin n sehelai tuala serap air. By the way, mostly jual makanan kat Jonker Walk orang Chinese, so tekak aku tak berapa nak adapt sangat makanan yang terjual even eskrem telor. Ingat nak beli coconut shake penjual Melayu masa on the way back taaaaaaaaaaapi perut aku meragam n sempat berkejar cari toilet kt tengah2 Jonker Walk yg berkilometer pjgnye tu. Nasib dlm 10m boleh jumpe toilet oi. huhu
Then, ktorang ronda2 sekitar riverside, Bangunan Merah n kawasan beca.
By the way, cruise harga RM10 per head and beca RM40 per hour. Kalau nak naik cruise or beca fully recommended waktu malam, sebab surroundings cantik sangaaaat! but then, aku n Mina tak naikpun mana2 hehehe. Jalan2 sekitar je pun dah awesome sangat panaroma dia.
Wahhhh! inilah gambar2 yang sempat aku rakam di kala waktu malam yang menyamankan. Tenang tengok suasana malam ni. Area tepi2 river tu, ada banyaaaak restoren yang menyajikan pelbagai makanan sedap2 n tempat makan pun agak romantis whaaha. Cantikkan i tell u huhu how so beautiful :O Bawah sekali tu, map laluan Melaka river cruise.
Then, jalan2 sekitar Bangunan Merah pula ~
Puas berjalan2 menghirup udara malam yang segar, kami pun pulang ke tempat penginapan kami. Begitulah, sepanjang hari pertama kami di Melaka. hehehehe
by the way, jemput klik play video bawah ni, a lil bit snapshot of the surroundings.
*Entri ini bakal ada sambungan hari kedua & seterusnya, selamat membaca :)
Meh laaa sambung baca part seterusnya ni ;
Meh laaa sambung baca part seterusnya ni ;
#ShafMinaTrip2Melaka - Part 1
Thanks 4 reading :')
No comments:
Post a Comment