background

Showing posts with label HangOut. Show all posts
Showing posts with label HangOut. Show all posts

Monday, January 18, 2016

#ShafMinaTrip2Melaka - Part Last



Marilah sambung berjalan-jalan lagi hingga jam 12.45 tengah hari, macamtu, kami balik semula ke guesthouse utk check-out. Patutnya, kami ada lagi, satu malam kt Oriental Riverside Guesthouse ni, but we tend n decided together untuk pindah wahahahaha sebab inginkan keselesaan private bathroom for us. Sebenarnya, awal2 pagi lagi dalam jam 8pagi sebelum jalan2 ke Medan Samudera dan muzium-muzium ni, kami sempat walk-in register terus ke Hotel 1st Inn betul2 bersebelahan Discovery Cafe Guesthouse (takmau Discovery Cafe Guesthouse sbb kena shared bathroom lol) dekat area bulatan. 




Some arts in the Malacca Streets 




Still wandering around. This is Port Cornwallis if i don't mistaken




Kan aku ada cerita sebelum ni, seawal kami breakfast angin sepoi2 bahasa lagi, kami dah call bermacam-macam hotel, tapi semua full book. Nak tahu macam mana kami dapat Hotel 1st Inn ni?? jeng2~ aku ajak Mina pergi serang hotel ni sebab masa ktorang jenjalan area bulatan tu, kebetulan ade seorang chinese guy baru check out keluar tak silap. dan kebetulan bilik yang tinggal ialah double single beds with attached bathroom (yeyy! that suits to us!) dengan bayaran RM80/ night. Jadi, kami pun check-in jam 1petang tu. hiks :) sambil disapa mesra oleh pakcik Cina yang turut jaga hotel ni.


This is how the small room looks like yeahhh! Sebenarnye, the old guesthouse is quite comfortable because the have their own kitchen not like in this hotel. But, well, we are decided to move here, so, enjoyed the sleepover here. This 1st Inn Hotel, they provide us with one table, two chairs, one tv, one open wardrobe, two single beds, and most importantly, our private bathroom just for us! yeyy


We checked-in around 1pm, the receptionist gave me three remote for tv and air-cond and one entry card. So, dah masuk tu, aku terussssss zzz kenyenyakan ketiduran tengah hari. and after i woke-up around 2 o'clock, ktorang solat jamak zuhor-asar, and Mina asked me to went out early to catch bus to go to the Ayer Keroh for our next schedule, Zoo Malacca & Night Safari.

That evening, we catched the bus with quite terrific traffic jam everywhere. It took out 1 hour to reach Malacca Sentral. We approached to the Panorama driver bus there to Ayer Keroh, he said, he can't take a risk to bring us there!!!! since, our last bus from Ayer Keroh is 8pm, but he said, he can't make it as the journey will took hours to reach there since the day is the peak time and he afraid that we can't catched a bus to come back here during at nite :(. Oh my god!!! so sad to hear that uncle driver bus :'((((




So, what else to do, me and Mina just wandering around patheticly at Malacca Sentral and we bought two ticket Delima bus express to go back home for tomorrow. Me and Mina, having an early dinner with chicken chop, to relieve the stressed out.




Malam tu, keluar lepas jamak maghrib-isyak. Pergi Dataran Pahlawan; jenjalan pergi membeli-belah kali terakhirnye, since malam ni je nak berjalan sampai lebam. Sebab esoknye, nak bangun lambat, and check-out tepat kul 12 tengah hari hehe



Ahad; 20 Disember 2015


and balik time !!!! ktorang check out around 12 o'clock in the noon. so, sampai awal2 kat Melaka Sentral ni, apalagi, cari makan tengah hari ler, lapo kot. Kami pergi cari nasi campurrrr and memilih makan the MC Station. Aku n Mina sama2 pilih lauk ikan siakap tiga rasa, and aku tambah sup cendawan (aku mintak dorang mushroom soup tapi manenye ade lah hoho) n minum air teh o limau ais. By the way, dekat Malacca Central ni kemudahan kaunter tempahan penginapan, yang mana dekat kaunter self-service ni disediakan telefon bebas tol, disediakan juga brouchers2 bermacam-macam hotel ni yang ada kt Melaka ni. So, the tourist or the travellers can just dialled the numbers by using the telephone provided there n book the hotel! It ease us really.


...taking some refreshing dessert. while taking turn with Mina for solat :')


So, we ended our journey of #ShafMinaTrip2Melaka here. Ada macam2 onak duri juga nak merealisasikan trip ni. Ada macam2 penambahbaikan yang kami boleh cadangkan; 

1) if nak book guesthouse takde masalah pun. ianya murah dan sangat berbaloi siap boleh lepak belakang dapor dorang tepi sungai lagi tu. tapi ianya better to look first which hotel we want to sleepover. bagi bagpackers, takde masalah mane2 hotel. if kte rasa macam ada yg lagi better ynot we paid for one night only, because here, we can't refund any money that we had paid before in case emergency, we can look upon for other hotel. 

2) if nak pergi Zoo Melaka tu; ianya memang mudah dengan penggunaan kereta tambah2 kalau pergi trip ramai2; berbaloi bawa kereta terus ke Melaka. tapi kalau pergi trip bajet berdua yang hanya naik bas nak ke mana-mana, better to catch up bus early in the morning. maksudnya, planlah pergi zoo tu awal pagi, so that, kta boleh spend the whole day there if the bus was delayed or whatever. tapi, kena aware dengan last bus dorang pukul berapa tu. kang tak memasal, tak dapat balik n kena tido kt zoo. oh no :(

3) Lagi satu, kalau nak naik beca ke, nak naik cruise Malacca tu, better amik malam-malam. sbb view dia sangat fascinating and refreshing! siap ada lampu tepi2 jalan. if amik beca, dia siap pasang lampu kat beca tu and pasang lagu yang kte nak dengar sambil pusing2 Malacca Street ni. hehe

4) Kalau berjalan tengah2 bandar Melaka ni, tak berbaloi bawa kereta. Sebab kita jalan kaki je satu tempat ke satu tempat. Jalan kat sini selalu jem teruk nak2 time holiday bulan Disember ishh haruu kalau plan tak betul, boleh missed pergi tempat2 lain yang best! Nasihatku, pergi jenjalan ni takmau lah pegi shopping mall buat lari bajet jerr derr. No-no okayyy. Nak cari makan ke, cari ler selain shopping mall. Nak shopping souvenier pun, dekat Medan Samudera tu ok :)

5) Untuk bajet kewangan pula, poket students ni taklah tebal manapun. So, kalau nak makan sedap2 selalu memang taklah. Ktorang akan beli meggi utk bekal makan tengah malam, biasanya tengah malam tu dah lapar balik. Pastu, bancuh nestum ke bancuh kopi 3 in 1 ke. hee. Kami bajet dalam RM250 tu dah lepas tiket bas ekspress pegi balik, hotel bajet yg RM80/malam or RM58/malam, tambang bas domestik, n makan. Untuk makan, kami banyak cut cost, tak banyak beli makanan yg sedap2 tu, just seadanya dengan tekak. Kami cut cost jugak dengan tambang cruise RM10, beca RM40/hour, Menara Taming Sari RM10-20 tu. So, banyaklah saving! Kalau nak spend untuk semua ni bajet serendah RM300 pun okay, tapi kena pandai bajet lah baru happening!





Bye-bye Malacca !! See you again when i see you next time hoyeahh~
so, guys bolehlah take snap back with my past entries regarding this journey.
Have fun, and please enjoy reading it! 

you can click any of these links, to look up past entries :)

#ShafMinaTrip2Melaka - Part 1




#ShafMinaTrip2Melaka - Part Last






Tuesday, January 12, 2016

#ShafMinaTrip2Melaka - Part 3




Pokok Melaka


Hai, kalau nak tahu or dah tahu, sejarah nama Melaka ialah * sebatang pohon di hujung nun smbil tunjuk secara virtualnya * namanya Pokok Melaka. Hahaa amik gamba Mina curi2 sebab nak amik gambar pokok belakang dia hihikk. Umum mengetahui, kisah Parameswara yang menamakan tempat ni Melaka bersempana pohon yang beliau bersandar untuk berehat tika itu ialah pokok Melaka. Sejarah memperlihatkan pada ketika itu bagaimana seekor kijang mampu menewaskan anjing milik Parameswara, disebabkan itu Melaka disinonimkan dengan seekor wira kijang.


Mari kita zooooooooooooooooooooooom in Buah Melaka ! Sejenis buah bulat kecil2 warnanya hijau. Taktahu rasa dia macamana takut nak makan kang jadi bukan2 pula hehe Agak2nya, orang Melaka selain makan sireh pada zaman dulu, dorang mesti makan juga buah ni kan? hoho




Kompleks Muzium Maritim

Kompleks Muzium Maritim ini merangkumi Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera II, Muzium Tentera Laut Di-Raja Malaysia dan Bekas Kapal KD Sri Trengganu. - Sumber.


Dengan bayaran RM 5 Dewasa bolehlah anda2 semua ketiga-tiga muzium di atas. Gambar atas ni, gambar pemandangan dari atas replika kapal *cantikkan view? wink. lagi cantik if takdop org baju merah tu dush2 haish* . Oh yaaaa, mari kita masuk dulu Muzium  Samudera ni ! *akulah yg paling heksaited masuk muzium kot, aku impress sgt ke apentah huhu


awan pun sejuk je mata memandang, berat lagi bahu memikul takdop kaitan mendee dush2. Tinggi betul replika kapal ni, i impress how they can built this huge ship once ago. agaknye, panjat tinggi lagi kapal ni, mungkin boleh buat scene Titanic mungkin lol


Muzium Samudera Fasa I adalah sebuah replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya. -Sumber.

Wahhh lama jugak usia kapal ni, if kira dari tahun perasmian, dah sebaya aku usia dia, 22 tahun hehek. Shafiah is too old for this huhu




Marilah masuk muzium dalam kapal ni mehh ~



Penubuhan replika kapal samudera ini untuk menggambarkan tentang peranan Melaka sebagai pusat perdagangan masa lampau dan perkembangan kegiatan maritim semenjak Tanah Melayu ditemui dan kemajuannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris. -Sumber


 

aku masuk muzium ni sambil ber'imagine'kan macamana suasana dia, dorang buat perdagangan melalui persiaran berbulan-bulan lamanya. Melaka pula dijadikan pelabuhan entrepot pada ketika itu iaitu, kawasan persinggahan pedagang sebelum berdagang ke negeri lain disebabkan kawasannya yang strategik, bebas daripada angin monsun dan laut yang bergelora. Kawasan ini dijadikan kawasan pertukaran barang sebelum pedagang menghantar barang ke negeri lain. Pelbagai aktiviti jual-beli & pertukaran barang dilakukan pada waktu itu.



Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15

Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal. -Sumber

I was imagined, handsome sangat ke Hang Tuah ni hingga menjadi sebutan dan kesukaan ramai orang. By the way, lepas tengok replika model Hang Tuah, hm takdelah hensem mana, gelap je muka, siap berjanggut dah tua sangat ke time jadi model ni huhu. *haha mendee lah shap oi hehehehehe*


Inilah dia Mendam Berahi. Aku macam pernah dengar but tak sure ape benda, n tak sempat pun nak baca artikel kt suratkhabar tu, so aku snap moga dengan itu aku tak lupa nak search balik ape bendanya Mendam Berahi ni. Ni haaaa kisahnya;

Kisah bermula mengenai kapal Mendam Berahi milik Sultan Mansur Shah yang dilarikan oleh Laksamana Khoja Hassan yang meninggalkan Melaka bersama harta karun semasa serangan Portugis pada tahun 1511. Selepas 500 tahun, pihak kerajaan melantik sebuah agensi untuk mencari kapal tersebut. Agensi tersebut diketuai Madam X yang mengarahkan tiga ejennya Edsa, Tania dan Sara yang dilatih oleh Komander Jiman untuk mengesan kapal tersebut di Kepulauan Sulu. Datuk Azmi, musuh ketat Madam X begitu marah dan iri hati apabila tidak mendapat tender tersebut. Dia mengupah Tiger Telly untuk mensabotaj rancangan Madam X dan tiga srikandinya. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha mengesan kapal Mendam Berahi, namun tiga wanita tangkas tersebut tetap meneruskan misi mereka. - Sumber



Tengok replika-replika kapal kecik2 comel ni, rasa nak cilok satu bawak balik! apesal kiutt sangat wehhh lol


lepastu, i was like imagined to 'lepaskan kapal2 comel ni di tengah2 lautan bersama anak2 satu hari nti' hehehe mana tahu kapal ni boleh sampai balik ke negara Portugis. hihhihihihhihi  



This is model2 duit2 lama aku agak. Mesti beratkan? Berat2 pun nilai dia tinggi. Tak macam sekarang, ringan betui duit RM50 tu sekali pecah takdan seminggu oi *nangishhhh T.T


How was it like? Macam sereeeeeeem je gambar atas ni wehh. Sekali, malam2 hidup bergerak patung2 n kapal2 yang ada ni huissssssh *meremang oi*


~~~~~~~~~~~~~~ 

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka



Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka ni merupakan kincir air pertama & terbesar di Malaysia. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka setinggi 13 meter adalah alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang. Lazimnya kincir berbentuk roda dibina di kawasan saluran sungai atau parit yang airnya deras bagi membolehkan pengayuh bergerak dan memusingkan roda. Teknologi kincir air terdapat di Hama di Syria, negara ChinaIndia dan Eropah. - Sumber




~~~~~~~~~~~~~~ 

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan dengan Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar). Muzium TLDM dipindahkan dari pangkalan asalnya di Lumut ke Melaka agar pelawat dapat maklumat yang lebih terperinci mengenai peranan dan sumbangan TLDM kepada negara. 

Di kawasan muzium ini juga terdapat Kapal ex-KD Sri Terengganu iaitu di antara kapal peronda TLDM pertama yang ditempah oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan telah ditauliahkan pada tahun 1963.- Sumber


Laaah, now i know, sebab Lumut tempat signifikan bagi TLDM ni. Rupe2nye, ianye dicilok bawak mai Melaka dehh hehehehe




aku sangatt impresss masuk sini! because, i'm one of big fan of the sailors, tambah2 bila diorang semua pakai baju2 korporat khas diorang ni. *melting habissss~ Serius ape perasaan dia wehhhh bila ditauliahkan depan Sultan. tulaa nak cakap try masuk Suksis or Palapes tu semua tak lepas n tak mampu dengan ketahanan diri, mampu admire jelaaa akak2 dan abam2 sado ni haaaa. By the way, one question, takleh ke aku nak try baju depa ni? Kbai


Allahyarham Tan Sri Mohd Shariff berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beliau memasuki TLDM sebagai Pegawai Kadet KPK pada tahun 1960 semasa berumur 19 tahun. Pengambilan Kadet yang beliau sertai terdiri dari 6 orang PK selepas pengambilan Tan Sri Abdul Wahab.

Pertengahan 1970an menyaksikan beliau banyak memegang jawatan staf serta menghadiri Kursus Staf. Beliau pernah diperjawatkan sebagai PM KD HANG TUAH dan KD PELANDOK yang jelas memperlihatkan beliau banyak memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju TLDM. Beliau merupa kan seorang Pegawai Kanan yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman luas dalam pemerintahan kapal dan flotila TLDM. Prinsip dan kualiti kepimpinan beliau amat disegani oleh warga TLDM. Beliau diperjawatkan sebagai Komander Laut Barat yang bertanggungjawab menguruskan pemindahan TLDM dari Woodlands ke Lumut pada tahun 1981. -Sumber




Nak try bawak helikopter ni sekali boleh? atau awak tolong bawakkan saya? hehehehehe pick up line detected!


Inilah dia Bekas Kapal KD Sri Terengganu!!!! 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Muzium TLDM. Kapal ini telah beroperasi selama 31 tahun dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang Pegawai Pemerintah. Ia pernah terlibat dalam menjaga keamanan semasa Konfrontasi Indonesia dan operasi rondaan di pantai timur Semenanjung. -Sumber


~~~~~~~~~~~~~~ 
Penafian : maaflah entri ni terlebih fakta sejarah yang aku tumpang ambil untuk pengetahuan aku. n terlampau banyak pula imagination, over-eksaitedness, and non-stop pictures here n there. So that, you also will get the knowledge, better yess, if not is just for my own collection! It doesn't matter. Till then!


wait ada lagi, part last tauuu, jangan henti sambung baca tiap-tiap part one-by-one okeys? By the way, nahhhh link guys ;

#ShafMinaTrip2Melaka - Part 1








Monday, January 11, 2016

#ShafMinaTrip2Melaka - Part 2



Let's continue to our second day there!!!

19hb Disember 2015


We are continuing our day by wandering around Malacca !! Kami bangun agak awal, aku n Mina decide nak check out bilik lama n nak cari bilik baru for second night haha giler kot sbb guesthouse tu kami dah bayar for two nights kot. Ada kisahnya disebalik ini nanti aku cerita! haha. Call sana2 sini hotel bajet yang ada dekat area sini, and mostly semua full. Tak pe, aku n Mina breakfast Nestum yg aku bawa dari kolej sambil duduk by the riverside hirup udara pagi yang nyaman. Serius, the surroundings is away from the hectic life back in our colleges, ye lah, studyweek kan, nak ambil angin dulu, ambil semangat baru. Pagi2, nmpak ade orang2 yg jogging/ bicycling / walking around by the riverside. Serius, macam suasana kampung! kalaulah aku boleh buat jugak rumah satu kat sini hahaa


Street Art in Malacca Riverside

Memandangkan guesthouse ktorang menginap betul2 di kawasan street art ni. Sana-sini bangunan yg ktorang lihat tepi2 sungai ni mostly ade lukisan muralnya sendiri. Pelbagai lukisan mural yang dilukiskan oleh golongan pelukis tempatan, yang mana, kalau tengok betul2 lukisan tu menggambarkan cara hidup dorang, masyarakat Melaka tu sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum. Now, let's enjoy the pictures.



By the way, air sungai ni akan bergelora bila waktu malam hingga ke larut malam, maklumlah angin pun agak kuat. Bila waktu siang, sungai ni tenang je nampak tapi agak keruh laa hahaa



Bangunan yang dihiasi mural ni bersambung antara satu sama lain yang tiada kesudahan. 




Bangunan atas ni, macam hotel 5 bintang lah. Kafe pun kemahen lagi mewah kot! Ada je lukisan tetiap bangunan yang ada kat tepi2 sungai ni. Macam-macam variasi, hanya pencinta seni mural je yg memahami wahaha


Street Art Malacca by the Riverside - The best way to see the work is simply by wandering around Street Art by the Malacca Riverside with no fixed direction, if you make the effort to meander down the back-alleys you’ll soon discover a labyrinth of narrow, cobbled streets that weave into one another. Whether you’re looking for street art or not, something will catch your eye; a snapshot of daily life, the highly decorative Chinese temples, bountiful dishes of food, or finally, that piece of street art you’ve been sauntering around in the heat looking for.




The Stadthuys



Laman depan bangunan Stadthuys ni tempat paling ramai orang lepak. Mungkin, kat sini ade tempat duduk yang boleh rehat2 n tempat bas domestik turunkan penumpang. n kat sini jugak ada coconut shake Menara Jam Besar !!



Meh aku cerita sikit sejarah bangunan Stadthuys yang berwarna merah ni ,

Stadthuys dalam bahasa Belanda bermaksud ‘State House’ atau bangunan negeri. Ini kerana bangunan ini dibina khusus sebagai kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda di samping berperanan sebagai pusat pentadbiran koloni Belanda di Melaka. Stadhuys dibina sekitar tahun 1650an dan dikatakan bangunan Zaman Belanda yang tertua di sebelah Timur yang masih kekal. Walau pun Belanda mengambil alih pemerintahan Melaka dari Portugis pada tahun 1641, namun Belanda hanya membaikpulih struktur Portugis yang terselamat akibat pertempuran yang sangat panjang. 

Apabila kediaman rasmi Gabenor Belanda berpindah ke bangunan baru di belakang Stadhuys, kompleks ini kekal sebagai pusat pentadbiran Belanda. Malah peranannya kekal pada zaman Inggeris dan selepas kemerdekaan negara. Ia dikosongkan pada tahun 1979 apabila Kerajaan Negeri Melaka memulakan kerja-kerja baikpulih bangunan ini untuk dijadikan Muzium Sejarah Melaka.

"Di kalangan rakyat tempatan, Stadhuys lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Merah’ kerana warnanya. Menurut cerita tempatan, warna asal bangunan putih ini ditukar merah oleh Inggeris kerana mahu menyelesaikan masalah kotoran dinding stadhuys yang sentiasa bertompok-tompok merah kerana tabiat orang-orang Melaka yang meludah air sireh di merata-rata tempat. Maka itu keseluruhan dinding luar Stadthuys yang merupakan bangunan utama di mana   penduduk berurusan, telah dicat warna ‘air sireh’ supaya kotoran tidak ketara "
-disunting daripada sumber:  








Inilah namanya beca!! ada macam2 variasi, corak, hiasan yang dorang ketengahkan untuk menarik pelancong!! macam aku cakap sebelum ni, kalau naik beca waktu malam lagi best!!, sebab diorang siap akan pasang lampu n lagu kot. Aku jalan2 malam pun boleh pening antara satu beca berselisih dengan beca yang lain sebab silau lampu n bingit lagu yang dorang pasang hoho


By the way, sebelum aku berjalan2 ke sini, aku n Mina dah singgah Medan Samudera, yang jual macam2 souvenir; ada baju t-shirt, keychain, beg2 klasik, asam, dodol, cencaluk, belacan n macam2 lagi. Ktorang sempat brunch (breakfast+ lunch) kat situ, well aku amik nasi putih asam pedas ikan dengan sambal kerang tak silap hehe sedaaaaaaap !





*bakal ada banyak lagi siri sambungan, jangan lupa sambung baca yer..:') 
by the way boleh link to :


#ShafMinaTrip2Melaka - Part 1







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...