background

Friday, February 3, 2012

Suitable tudung for you ! -Part 2


Assalamualaikum muslimah semua :)

Hari ini kita berjumpa lagi untuk mengetahui muka jenis segi tiga and bulat sesuai tudung jenis apa. Jadi, fiera kena cari muka model or artis muslimah di Google Search . Hari ini , mujur fiera jumpa sesuatu yang dapat menggambarkan secara tepat bentuk wajah anda from google image search.


so, sekarang . . kita continue untuk no.4 dan no.5 . Hari ini, kita pakai versi Malay pula.

4.  Muka berbentuk Segi Tiga.

     :: Memiliki dagu yang panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang nampak terbuka. 

Untuk mengisi bahagian yang kosong di kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung jenis net. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan suatu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur.

    

Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


5. Bentuk Muka Bulat.
   
    :: Mereka yang mempunyai bentuk muka bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.


Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.


Done , Published. Hope you all like it and please refer to here for more information. If any questions and comments, please leave here after click 'LIKE' button. Thank you :)




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...